12.9


Untuk insan yang bernama AYAH..
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Harini, 15 Mac 2012 genap umur ayah 50 tahun. Untuk ayah, superhero hati saya, Selamat Hari Lahir. Ira sayang ayah sangat. Antara anugerah terindah yang Allah pernah bagi dalam hidup Ira ialah memiliki seorang ayah yang hebat. Cukup hebat. Sentiasa tabah lalui setiap dugaan yang dihadapi. Ayah. Terima kasih kerana selama ini ayah dah buat macam-macam untuk Ira. Ayah dah korbankan macam-macam untuk keluarga kita kan. Sebab tu ayah superhero dalam hati Ira.

Ayah. Semoga panjang umur, semoga Allah sentiasa memberkati hidup ayah. Insan yang paling Ira sayang. Insan yang paling bermakna dalam hidup Ira. Semoga ayah sentiasa tabah untuk menempuh pelbagai dugaan mendatang. Semoga ayah sentiasa bahagia dia samping ibu dan keluarga tersayang. Tiada yang gembira dalam hidup Ira selain melihat ayah bahagia. Ira sentiasa berdoa agar ayah dan ibu dipanjangkan umur untuk melihat anak-anak ayah dgn ibu ni berjaya dan melihat kami semua mendirikan rumah tangga. InsyaAllah.



Ira SAYANG ayah <3