12.9


S A H A B A T
Assalamualaikum. Entry kali ni penuh dengan madah. Harap maklum.

Di sini, pada hari Selasa, tepat jam 4.45 petang, saya, Athirah binti Sanazi ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan kata-kata mahupun tindak tanduk saya yang selama ini telah mengecilkan hati orang-orang yang saya sayang sama ada saya sengaja atau tidak. *introku-poyos-muchos*

Kata orang, kawan senang dicari,tapi SAHABAT, sangat sukar untuk ditemui.


Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat aku dapat sahabat macam korang. Korang baik. Korang memahami. Korang sentiasa ada time aku sedih, suka. Macam-macam lah. Kita selalu kongsi cerita sama-sama. Masa aku sekolah rendah dulu, aku pernah rasa yang aku takkan dapat jumpa sahabat yang sanggup ada dengan aku time aku sedih, suka. Sungguh aku tak percaya yang aku akan dapat sahabat macam korang. Bagi aku, kawan semua sama. Time senang je nak kawan, time susah, tinggalkan. Itu dulu. Dulu masa aku dapat kawan yang macamtu. Kfine. Semuanya dah berlalu.

Tapi harini kita begaduh. Salah faham. Aku sedih. Sumpah aku sedih. Mungkin kau boleh kata, sebab tu kecil je, tapi sampai nak merajuk, bermasam muka segala. Jangan mudah berkata sedemikian. Perempuan. Mudah sensitif. Mudah tersinggung walaupun perkara tu kecil. Itu lumrah. Tak perlu dinafikan lagi. Aku pun macam tu. Sensitif. Terlalu sensitif. Malang kan sesiapa yang rapat dengan aku. Sukar nak melayan kerenah aku yang terlampau sensitif ni. Haa kan dah touching lebih. Dah tu, semua orang sekeliling aku, semuanya nak touching touching.



Shareena kata, aku untung sebab antara kitorang berempat, aku yang paling ramai orang sayang. Miza kata, aku beruntung, sebab antara kitorang berempat, aku lah yang tak pernah rasa ditinggalkan. Maaf, aku tak pernah sedar semua tu. Ya. Aku tak sedar sebab aku berada dalam kalangan itu. Kfine. Sumpah aku sentap dengar kau kata cenggitu. Aku tak mintak untuk orang sayang aku lebih-lebih, cukup sekadar ada sekelumit rasa sayang dalam diri diorang untuk aku. Lepasni, aku akan mintak untuk orang benci aku, tinggalkan aku, boleh macam tu? Mereka rasa mereka tak penting dalam persahabatan ni. Mereka rasa, mereka cuma menggangu dalam persahabatan ni. Hey. Apa ni? *banyak betul 'ni' aku* Sumpah aku tak pernah anggap korang macam tu. Kenapa perlu ada iri hati dalam persahabatan? Aku sayang semua sahabat aku. Aku kasihi semua sahabat aku. Tanpa salah satu antara korang, aku rasa lain. Sangat lain.



Korang nampak aku sangat rapat dengan Shareena, korang terus asume yang aku lebihkan dia. Aku lebih sayangkan dia. Aku lebih prihatin dekat dia. Mungkin kitorang nampak sangat rapat sebab dari form 2 lagi aku berkawan dengan dia. Korang nampak aku sangat rapat dengan Miza, korang pun terus asume yang aku lebih sayangkan dia. Kfine. Secara jujurnya, ya. Aku lebih sayangkan dia berbanding dengan sahabat aku yang lain. Maafkan aku. Kitorang berdua dah jadi sahabat baik sejak dulu lagi, semua benda kitorang share bersama. Sebab tu rasa sayang aku pada Miza lebih sedikit berbanding Shareena dan Farhah. Tapi aku mohon. Tolong jangan pernah anggap yang korang hanya menumpang dalam persahabatan ni. Tidak sama sekali. Aku sayangkan korang. Aku sayangkan sahabat-sahabat aku. Bagi aku, korang antara anugerah yang Allah kurniakan untuk aku. Untuk menceriakan hari-hari aku. Walaweh. Tisu mana tisu? Ada cecair keluar dari mata ni ha.

Panjang dah aku membebel kan. Bila aku baca balik, ayat macam keling pun ada jugak. Herm. Aku cuma nak korang tahu, dan selalu tahu, dan selalu ingat, dan jangan pernah lupa, yang korang adalah sahabat aku dunia akhirat. Sahabat yang tiada penggantinya. InsyaAllah. Maafkan segala kesilapan aku. Dan. Aku harap, jangan ada yang berkecil hati lagi antara kita. *hug* Aku SAYANG sahabat-sahabat aku :)