12.9


H A T I
Assalamualaikum.

Ini perihal hati.
Hati yang mudah berkecai. Hati yang mudah luka hanya satu perbuatan sahaja.
Hati yang lemah. Hati yang terlalu sayangkan seseorang sampai akhirnya aku yang meratapi kesedihan ni sendiri.
Ya, ini lah hati aku. Hati yang KAU dah hancurkan. Kau berjaya. Terima kasih.

Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku yang terlalu lemah ni. Mudah sangat air mata ni keluar dengan sewenang-wenangnya dari mata aku. Aku percaya, Kau telah aturkan yang terbaik untuk aku. Berilah aku kekuatan untuk terima semua ujian-Mu ini. Argh. Aku benci perasaan begini. Aku tak suka disakiti. Tapi siapa aku untuk menghalang ketentuan Allah. Aku redha.

Macam orang lain jugak. Aku tak pernah sangka ni semua akan berlaku. Mungkin sebab aku terlalu sayangkan dia. Ya. Terlalu. Tapi siapa sangka akhirnya orang yang kita paling sayang tu lah yang sakitkan hati kita. Aku lupa. Kita sepatutnya lebih sayangkan Allah. Haih. Mungkin ini balasan untuk aku kot. Menyayangi seseorang dengan sepenuh hati, sedangkan dia? Aku sendiri tak pasti.

Betul kata orang, bila hati dah disakiti, bila kepercayaan dah dihancurkan, sukar untuk dibina semula. Tapi semuanya bergantung pada ketentuan Allah. Dia yang Maha Berkuasa. Haih. Kenapa lah air mata ni tak berhenti mengalir. Aku cepuk kang.

Dan. Untuk awak, orang yang saya sayang, maafkan segala salah silap saya. Jujur. Saya tak sangka awak sanggup buat hati saya cenggini. Kalau awak tak sayangkan saya, tolong jangan permainkan kasih sayang yang saya beri pada awak. Tolong. Terima kasih.