12.9


Keching keching.
Assalamualaikum.

Ohh yeahh. Lamanya tak update blog. Maklumlah, busy memanjang. Hihi. Busy kejadahnya. Malaslah nak update. Kfine, harini aku merajinkan tangan untuk update blog. Fehh. Penat tak hilang lagi sebab baru balik dari rumah kakak miza. Actually tak penat sangat pun. Yeahh. How guys? Dah masuk bulan December dah ni. Tahun depan dah 2012. Jyeahh. I'm a SPM candidate for next year. Tak main lah PMR, SPM ni beb. Lepas SPM boleh kahwin. #joke.

Pergi rumah kakak Miza hari Isnin bersamaan 28 November 2011. Fuhh. Hari Rabu dia pergi dating dengan gula gula hatinya. Pasti hatinya berbunga bunga tanda kegembiraan yang terlampau. Seronok tengok mereka. Sweet gitu. Ala ala kareena kapoor dan hitrik roshan --' Semoga berbahagia selalu di samping MR.S kamu ye sayang :) Tengok wayang cerita Puss In Boots. Saya nak tengok cerita Breaking Dawn! #emo. Tapi takpe, Encik Ari, buahhati saya dah pun downloadkan.Wuhhuuu~


Game ni yang aku main time miza tengah dating. Babong babong! Haha.


Aku jadi babysitter. Kau hado? Tapi takdelah baby, dah besar pun budak tu. 3 tahun kot umur Hanif. Setiap pagi dia ajak aku tengok cerita High-5. Fehh. Syokk. Haha. Jadi budak-budak sekejap. Setiap malam kami tidur lambat. Around 3 a.m. Esok nak bangun pagi, jiran sebelah rumah baling periuk, kuali pun belum tentu bangun. Mana taknya, masing-masing dok buat supersaver. Online lah. Berbual lah. Tapi yang pasti, memang seronok lah. Aku? Aku apa lagi. Tak lepaskan peluang jugak la. Kalau kat ruma, aku dok berbual tengah-tengah malam, selalu kena sound dengan abang aku. Ciss. Mamat tu selalu tidur lambat. Menci.

Awak awak. Masa tu kite call awak pakai baju tidur ni. Haipp! Jangan gelak ah.
Tu. Tengok tu. Setiap malam kite peluk panda kite erat-erat tau.





Haha. Haipp. Biasa dia. Jangan gelak ah tengok seluar tidur aku ada gambar katak. Peduli apa aku. Haha. Setiap malam sebelum tidur, aku selalu dengar lagu ni. Sebab. Aku RINDU kan dia. Terlalu rindu. Entah bila dapat jumpa. Ciss. #mood jiwang.

Malam tadi, kakak Miza dengan suami dia ajak kitorang pergi window shopping dekat Johor Premium Outlet. Window shopping jela yang mampu. Nak shopping tak mampu sebab semua barang branded gila. Skirt paling tak lawa pernah aku tengok harga dia RM4000. Normal la. Armani Exchange. Bagi aku, barang yang murah dekat situ cuma brand Padini dengan Vincci. Kasut cantik gila, murah pulak. Aku pun tengok kocek seluar aku, nak beli lah kononnya. Ciss. Habuk je ada.







#lap air mata. Mereka rindu aku. Hikhik. Shukaa lah kite camni. Tata :)