12.9


Azam 2012.
Assalamualaikum.

Jyeahh. Esok dah masuk tahun 2012. Alhamdulillah kerana saya masih lagi bernyawa :) Bersyukur dengan segala kenangan, dugaan pahit manis kehidupan sepanjang tahun 2011. Pengalaman mendewasakan kita. Am I right? Fuhh. Bila fikir balik, macam tak sangka je wa dah naik form 5. Alahai. Serius wa takut nak hadapi SPM. Takut nak hadapi macam macam. Tapi takpe. Allah ada. Kan kan? *apehal entry aku kali ni mcm sedih semacam*

Tahun depan dah SPM. No more Facebook, Internet, entertainment, handphone. Argh. Seriously I can't live without my handphone. Tipu sebenarnya. Boleh aje aku hidup aman bahagia sentosa bila handphone takde. Cuma. Cuma wa akan rasa kehilangan beb. Haha. Geli je cakap cenggitu. Puihh puihh.

Ibu : Tahun depan tak boleh pakai handphone. Boleh pakai cuma hari Sabtu dengan Ahad je. Kalau nak tanya kengkawan pasal kerja sekolah, pakai handphone ibu.
Aku : Tapi tapi.....
Ibu : Haa. Internet pun tak boleh bukak selalu. Seminggu sekali je. Ayah pun dah cakap.
Aku : Alaaaa.. Tension la camni. Asyik belajar aje.
Ibu : Nak berjaya, kena lah berkorban.
Aku : *think for a while* Hurmmm. Baik ibu. *sob sob* T____T
Yeahh. Budak-budak yang nak SPM selalunya mesti cenggini kan. Kfine. Aku pegang kata-kata ibu. Nak berjaya, mestilah berkorban. Berkorban semuanya. Yes Athirah, berkorban. Aku ada petua. *tetiba* Kalau korang rasa down. Korang pergi depan cermin, cakap perkataan yang boleh menaikkan semangat korang balik. Kalau saya lah kan. Saya akan pergi depan cermin dan berkata, 'Athirah, kau boleh !' Sambil menggenggam penumbuk tanda bersemangat dan merenung mata saya dalam dalam kasi terkeluar biji mata. InsyaAllah menjadi. Kalau tak jadi, lu tumbuk cermin tu kasi pecah. Comfirm tak rasa down lagi. Mwehehe.

Alhamdulillah. Barang-barang sekolah semua dah beli. Cuma. Cuma. Ibu, Ira nak kotak pensil baru. Pleaseeeeee. Erk. Normal lah anak mestilah rapat dan manje dengan ibu kan. Saya pun cenggitu jugak la. Hewhew. Ibu kata. "Pergi sekolah bukan nak berfesyen. Kan nak belajar. Pakai je la apa yang ada. Dulu ibu masa sekolah, pakai kasut, blaa bla bla..." Saya pun macam, "Alaa ibu. Tu zaman ibu, sekarang zaman moden lah. Mana ada lagi orang nak pakai kasut cenggitu." Saya memang suka menjawab, tapi tak menengking. Hee. Ibu pun terdiam menandakan kata-kata saya tu ada betulnya. Mwehehe. Saya menang.

Ni sebenarnya nak cerita pasal azam 2012 ke pasal perbualan aku dengan ibu ni? Aiyya. Terserong suda. Maaf. Hehe.

Azam 2012 saya :
- Solat lima waktu dan di awal waktu. InsyaAllah.
- Jadi anak yang solehah dan patuh cakap mak bapak.
- Tekun belajar. No more playing around.
- Focus semasa cikgu mengajar. Sebelum ni asyik pot pet pot pet je. Hehe.
- Siapkan homework. Fuhh. Bab ni memang kemain malas.
- Kekalkan hubungan dengan Abang ari ^^ Love chuu ♥
- Semoga persahabatan kami berkekalan juga ;)
- Buat yang terbaik semasa SPM.



Semoga saya dapat lakukan semua azam saya ni tahun depan dengan sempurna. InsyaAllah. So, starting naik sekolah nanti. Blog dan juga facebook akan dilupakan. Jyeahh. Kalau nak berjaya mesti kena berkorban. Doakan kejayaan saya ye. Dan dan. Kejayaan Superman saya. Mwehehe. Dan juga, kejayaan kengkawan saya. Nanti boleh sambung belajar kat tempat yang sama. InsyaAllah.

Ya Allah, semoga Kau permudahkan segala urusan hamba-Mu ini, di dunia mahupun di akhirat. Amin.