12.9


I love you like a love song, baby.
I, I love you like a love song baby. I, I love you like a love song baby. Hoyehh hoyehh. #sambil menari-nari. Jadah apa intro nyanyi lagu Salamah Omez (Salena Gomez). Well, guys. Assalamualaikum. Sorry kalau permulaan entry ni agak kegedikan sedikit ye. Sikit je.

Tau harini hari apa? Teka ah. Siapa berjaya teka kite bagi gugula seploh sen. Haa. Hari kelahiran Justin Bieber? Salah. Hari Bruno Mars kahwin? Salah sebab kami belum tetapkan tarikh perkahwinan antara saya dan dia. --' Taylor Swift beranak dapat anak kembar? Bukan. Bukan. Bukan. Salah la. Apa ni teka salah. Tak dapat ah gugula seploh sen cenggini en. Kite tau ah kite tak se-popular diorang. Harini hari kelahiran Athirah Sanazi ah. Ha? Siapa Athirah Sanazi? Penyanyi yang HOT and SPICY tu ke? #yang ni sumpah lawak. Athirah Sanazi tu anak kepada Puan Norhani binti Dawod dan Sanazi bin Rahmat. Well, saya bangga jadi anak mereka. Kisses :*

 Pada tanggal 9 November 1995, saya dilahirkan dari perut ibu saya. Kesian ibu saya terpaksa menahan kesakitan melahirkan saya. Dah besar cenggini, degil jugak tanak dengar cakap dia. Jeritan kesakitan ibu saya jelas kedengaran di dalam wad bersalin Hospital Pontian. Yeah, besar sungguh pengorbanan ibu. Saya diazankan dengan wajah kegembiraan dan penuh kelegaan oleh bapa saya, yang saya gelar SUPERHERO hati saya. Wekk Wekk #tangisan aku masa kecik-kecik dulu. Kau ada? Harini, pada tarikh 9 November 2011, genap umur saya yang ke-16 tahun. Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi saya peluang untuk hidup di samping orang-orang yang saya sayang.

'Sayang, Happy Birthday' kata-kata keramat yang diucapkan oleh superman saya. Aww. Shukaa. Thanks dear, Love chuu <3 Saya gembira sebab orang-orang yang saya sayang tak lupa hari kelahiran saya. Serius saya cakap, saya tak perlukan hadiah besar gedabak bagai asalkan orang yang saya sayang ingat hari kelahiran saya. Saya rasa cukup bersyukur dan rasa dihargai. Cewahh. Tutt tutt. Hihi. Tetiba. A big thanks to Miza, Farhah dan Shareena. Hug and kisses dear :* Aku sayang korang sebab korang lah sahabat yang TERBAIK pernah aku miliki. Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang saya miliki kini :) Pagi tadi, sampai je kelas, 'Happy Birthday, Athirah. By Farhah & Miza' jelas tertera dekat papan hijau kelas aku. Mula-mula serius tak perasan. Sekali. Omg omg omg. Kite terharu lah awokk. Muah sikit :* #aku ni tak habis-habis keje nak bagi kiss je kan? 

Terima kasih jugak untuk semua yang wish birthday saya. Dekat kelas mahupun di Pesbuk (Facebook). Sumpah saya terharu. Ehehe. Apa hadiah yang saya dapat? Besar. Sangat besar dan bermakna. Iaitu kebahagiaan. Terima kasih kalian :)

Paling tak sangka bila jiran saya wish birthday saya harini. Pelik. Tahun-tahun sebelum ni takde pulok. Okay, I terasa famous, you. Haha. Kboi :)