12.9


Sedih ditinggalkan.
Assalamualaikum.


Aku tak tahu, kenapa aku sesedih ni. Air mata aku tak henti-henti mengalir. Aku sedih. Aku hiba. Aku sayu. Aku kesunyian. Semua perasaan tu bercampur-baur. Aku nak ikut, tapi apa lah daya, exam pun tak habis lagi. Ibu, Ayah, Along dengan Angah pergi KL. Aiseh, tu pun aku nak sedih kan? Eh, sukahati-aku-lah. Aku cakap adik aku cengeng, tapi hakikatnya aku lah yang cengeng. Saje tanak mengaku. Adik aku watlek je diorang pergi, yang aku menangis bagai nak rak.

Ye, aku memang mudah mengalirkan air mata. Hati tisu kan aku? Ah, peduli apa aku. Mula-mula diorang nak pergi, aku chill lagi. Setengah minit lepas tu, cool lagi even hati dah berombak-ombak rasa nak nangis. Cool lagi sebab aku taknak diorang kata aku gembeng, baru kena tinggal berapa hari dah nangis. Cool tira, cool. Diorang pergi kejap je. Hati aku memujuk. Tapi apa kan daya, hati aku tak berjaya nak pujuk. Air mata pun mengalir bagai sungai yang deras. #cehh, poyo-nak-mati. Beberapa minit lepas tu, dah berhenti nangis. Tapi lepas tu, sambung balik. Ibu aku pelik. Semalam bila diorang prepare nak pergi, aku chill je. Harini baru beria nak nangis. Choii, mana lah aku tau yang aku akan sesedih ni. Malu lah. Okay, then okay balik. Bila family aku dah nak gerak masuk dalam kereta, aku salam diorang, air mata mengalir lagi. Haiyya, bila masanya kau nak berhenti.

Takpe, aku rela ditinggalkan. Bukannya lama. Berapa hari je. Tapi tu pun tak pasti -.-' Beberapa minit lepas tu, message masuk. Beep beep. #topup. Hehe. Yeah, dapat topup. Happy sikit. Beep beep. Message masuk lagi. Angah saya message. Dia pujuk saya macam saya ni budak umur 6 tahun. Tapi takpe, asalkan ada hadiah. Ngeh ngeh.
Angah : Jangan nangis-nangis, nanti angah belikan hadiah.
Aku    : #hati berbunga. Hee. Mekasih angah :) Hati-hati.
Ibu kata, baru kena tinggal berapa hari dah nangis, nanti masuk U, entah macamana lah agaknya. Hikhik. Kalau dah masuk U, nak angkut ibu dengan ayah sekali bole? Boleh lah. Pleaseee. Hehe. Oh ya, malam ni saya pasti kesunyian sebab boypren a.k.a superman saya takda. Dia dah tinggalkan saya dan pergi selamatkan dunia. #ni lagi poyo nak mati. Opps, maaf. Pergi camp. Dah lah ibu, ayah, along, angah takda. Dia pun takda jugak. Macamana aku tak sedih. Meh habaq meh sat. Jumaat ni pulak tu baru balik. Okay, confirm saya rindu dia tahap nak terjun jambatan Ayer Baloi. #kihkih. Love ya. Salam :)


Ya Allah, selamatkanlah perjalanan orang-orang yang aku sayang.