12.9


Mereka Gembira, Saya Pun Sama :)
Assalamualaikum


Saya gembira, bila dapat tahu kawan-kawan saya semua gembira. Saya seronok bila lihat mereka tertawa penuh kebahagiaan. Saya gembira bagai nak meloncat-loncat bila lihat kawan-kawan saya semua ketawa bagai nak terkeluar isi perut. Orang kata, kawan yang baik sukar dicari, tapi saya dah pun jumpa kawan yang boleh buat saya tersenyum sepanjang hari. Alhamdulillah.

KAWAN. Mereka amat bermakna bagi saya. Tanpa mereka, hidup saya sunyi, sepi, keseorangan. Wah, baru-baru ni, saya dapat tahu kawan-kawan saya especially Miza dan Shareena sudah ada buah hati pengarang jantung intan payung. Untunglah, ada boyfriend. #cakap macam aku single lagi je kan. Tapi, kawan saya yang sorang, Farhah, still single. Siapa nak? Makan maki hamun dia dulu.

MIZA. Aku gembira tengok kau happy manjang. Lagi-lagi semenjak dua menjak ni, kan? Almaklumlah, sudah ketemu gula hati dia. Seronoklah, sampai lupa orang di sini. #joke. Amacam? Pasti handsome kan, padanlah dengan kau, si cantik manis. Bak kata kau, dia lagi handsome bila depan-depan berbanding dalam gambar je. Baguslah camtu. Aku turut gembira untuk kau. Okay fine, aku dapat bayangkan camane gembiranya kau bila dapat bersua muka dengan dia, kan? Siap main-main mata lagi. Shooo sweettt. Semoga hubungan kalian berkekalan sampai bila-bila. Satu je aku minta daripada kau, doakan kebahagiaan aku juga ye. Terima kasih ;)

SHAREENA. Aku pun gembira bila dapat tahu kau gembira, seronok dengan orang yang kau sayang dan suka sejak dulu lagi. Untunglah, ada orang sayang. Tahniah atas kemajuan hubungan kau dengan dia. Aku tumpang gembira. Kegembiraan kau tu jelas terpancar bila kau selalu cerita pasal dia kat sekolah dengan mata yang bersinar-sinar. Selalu gaduh dekat sekolah, tapi bila texting, elok aje aku tengok. Pelik. T.T Alhamdulillah, kawan aku sorang ni happy. Semoga hubungan kau dengan dia juga berkekalan. Aku sentiasa mendoakan kegembiraan kawan-kawan aku. :)

FARHAH. Yeah, satu-satunya kawan-kawan aku yang masih single. Big clap for her sebab masih bertahan single sampai sekarang. Kihkih. Takpe, kau single pun, kitorang tetap ada menemani kau di kala sunyi dan sepi. #agak poyo di sini. Ala, even kau single, kau tetap gembira dengan kitorang kan? Cuma ada certain waktu la yang kau agak menyendiri, muram. Tak mao buat camtu lagi ye, tak mao. Aku babap nanti. Hehe. Aku kekadang risau kalau tengok kau muram je. Nak tegur, aku takut. Takut tak pasal-pasal aku kena 'baham'. Hee. Aku pun doakan kebahagiaan kau jugak. Semoga kau tak menyesal jadi kawan aku :)


Semoga kebahagiaan korang berkekalan sampai bila-bila. Amin. Kebahagiaan korang, kebahagiaan aku jugak.