12.9


Jamuan Hari Raya Aidilfitri di kelas.
Assalamualikum.


Hye earthlings ;) Jumaat semalam, ada jamuan Hari Raya kat sekolah. Kemain seronok lagi wa cakap. Seronok gila. Like the best moment in my life. Sebelum tu, punyalah kelam kabut nak memikirkan makanan yang nak dihidangkan. Thanks a lot to Azam and Nazirul yang bagi aku banyak gila membantu dalam menjayakan jamuan ni. Actually, satu kelas pun banyak memberikan bantuan. Azam, nasi ayam kau sedap. Hehe ;)

Pagi tu, aku, Miza, Farhah, Shareena datang sekolah saing. Kebetulan mungkin. Kitorang sampai agak lambat. Sampai je kelas, tengok semua persiapan hampir siap. Terkejut eden melihat meja dah disusun rapi, dan siap ada tulisan 'Selamat Hari Raya' lagi dekat papan hitam. Cayya lah. Budak lelaki yang buat semua tu. Oh, sungguh ku tak sangka. Hehe.

Lepastu, semua sibuk kemas-kemas kelas, buat persiapan apa yang patut. Susun kuih-muih di pinggan. Beberapa jam kemudian cikgu-cikgu pun sampai. Ramai. Seronok. Dzul dengan Azam jadi pengacara majlis. Kelas-kelas lain buat jamuan raya tidak formal, kitorang buat formal punya sebab ada ucapan segala. Siap berpantun lagi Dzul dengan Azam kat depan. Kihkih. Nazirul pun ada bagi ucapan memohon maaf kepada semua cikgu sebab kami satu kelas banyak buat silap selama ni sampai nama kelas kami, 4Setia naik dalam bilik HEM. T.T

Ehem, buahhati saya pakai baju warna hijau. Saya warna merah. Tak sama. Agak kecewa ya di situ. Teett T_T Baju dia sama dengan Shareena. Wah, korang dah berjanji ekh? Ciss. Shareena kata, takpelah baju tak sama, yang penting hati korang dah bersatu. #poyo. Okay fine, budak Cina dah tahu pasal aku dengan buahhati ku. Malu nak.

Lepas je makan nasi ayam Mak Azam, kitorang main colet-colet kek. SERONOK. Habis satu muka kena kek. Sayang aku pun kena jugak, aku yang buat. Kahkah. Padan muka dia. Tapi tapi, dia tolong lapkan muka aku yang penuh dengan kek masa tu. #pengsan. Itew sukeww. #gedik. Sei Ying kata, haritu, selain sambut Birthday Nabila dengan Jamuan Raya, ada satu lagi majlis. Iaitu Majlis Perkahwinan aku dengan Aizuddin. Kuasam. #aku hanya tersenyum sipu menampakkan sebaris gigi yang putih comel berseri. Okay. Enough about aku dengan BF tercinta. Karang ada di antara korang bosan dengar cerita aku asyik dgn BF je. Nanti kata aku show off. Ah, peduli apa aku.















Rasa seronok yang teramat sangat. Thanks kepada mereka yang menggembirakan hari aku. Muahh sikit. :*