12.9


Dah lama dah.
Ehem. Assalamualaikum ;)

Farhah dan Miza, silalah update blog selalu. Aku bosan lah. Aku dah lah malas nak update blog, leceh tau. Tak tahu pulak tu nak cerita apa. Haiyya.

Err, hye! Rasanya belum terlambat untuk aku menceritakan tentang kisah Hari Raya aku di kampung. Okay fine, semua orang dok sibuk bercerita tentang kisah Hari Raya diaorang, aku pun nak ah. Mana aci kalau aku ketinggalan.

Kisahnya bermula begini. Ehem ehem. Kami sekeluarga balik kampung malam raya. Fuyyoh, dahsyat. Tapi itu belum dikira dahsyat lagi, paling dahsyat, kami kemas, hias, pasang langsir semua tu pada malam raya. Dahsyat tak? Haa, tahu dah. T.T Nak buat acamane, malam raya tu lah baru semua keluarga aku rajin nak mengemas rumah. Sebelum sebelum ni bukan malas nak kemas rumah, cuma takda mood aje nak kemas. Teett.

Baju kurung raya aku ada 2 pasang, korang ada berapa? Mesti berpasang-pasang kan? Okay, tahu dah. Setibanya di kampung halaman, tiada bunyi mercun dimainkan, sebaliknya hanya bunyi cengkerik. #krikkrokkrikrok. Okay, tipu. Jiran sebelah rumah nenek aku, main mercun bagai nak terkeluar gegendang telinga aku. Memekak! Setakat mercun pop pop/ mercun padi/ mercun bola tu okay lagi. Kalau dah mercun yang macam mercun Raya Cina/ mercun merdeka tu, kau nak cakap apa? Tak terkata den.

Masuk je dalam rumah nenek aku, aku terus buat muka seplohsen. Mana sepupu-sepupu aku ni weh? Yak alah, family aku aje ke yang baru sampai. Ingatkan family aku lah yang paling lambat sampai. Wachhaa! #tetiba rasa nak karate seseorang. Dengan muka seplohsen aku, aku pun terus tidur tanpa menghiraukan bunyi mercun yang memekakkan telinga.

"Bangun weh, bangun! Raya!" adik aku jerit betul betul kat telinga aku. Aku apa lagi, panggg! Satu penampar maut hinggap di pipinya. Haha. Okay, aku tipu. Sebenarnya, aku yang bangun awal. Pukul 4 pagi dah bangun. Bayangkan, 4 pagi weh. Punyalah semangat nak raya. Kononnya bangun pagi sebab senang, nak gosok baju. Tak payah nak berebut streka. Haktuih. Berebut apanya, dah family aku sorang yang baru sampai. Hampeh betul.

"Cantik baju ira." Nenek aku puji baju raya aku beb. Kau ada? Tapi sayangnya, sepatutnya dia cakap camni, "cantiknya ira pakai baju raya ni." Kalau dia cakap camni, kembang kempis hidung aku bangga. Sementara tunggu bapak dan abang-abang aku balik sembahyang raya, aku pergi bersiap-siap pakai shawl. Ehem ehem. Lepastu, diaorang semua pun balik. Pagi raya tu, yang ada cuma dua orang pak cik aku yang anak-anak mereka semua masih belum tumbuh gigi lagi. Senang cerita, kecil lagi lah. Dengan family aku je. Cuba kau bayangkan. Macam tak raya je aku rasa masa tu. Lepastu, semua keluarga berkumpul untuk mengambil gambar. Cehh, bangga sekejap sebab aku sorang je cucu perempuan tunggal nenek aku yang ada masa tu. Kihkih.

Yehha, duit raya pertama pada hari tu berjaya aku kumpul. Seronoknya dapat duit raya. Rasa macam dunia ni kita yang punya. #cehh, sampai cmtu sekali. Lepastu pergi ziarah kubur atuk dan nenek belah bapak aku. Esoknya, raya kedua, baru sepupu-sepupuku tercinta pulang ke kampung. Ah, seronoknya jumpa diaorang. Malam tu, kitorang pergi tengok midnight movie, Final Destination 5. Ergh, seram, tragis, sadis betul. Balik dari tu, kitorang tak tidur sampai pukul 4.30 pagi. Cool je mata aku masa tu.





Letak dua je gambar, malas nak letak banyak banyak. Hee ^^ Tata.