12.9


Selamat Hari Raya dan Hari Merdeka :)
ASSALAMUALAIKUM


Hye. Salam semua :) huargh. Hari ni merupakan hari yang terakhir puasa. Wah, cepatnya. Cepatnya dah nak akhir tahun. Cepatnya dah nak SPM. Taknak ! Taknak cepat-cepat, nak lambat-lambat je. Haih. Cerita pasal raya, korang semua dah beli baju raya? Aku? Semestinya dah, kalau belum aku jalan sambil hentak-hentak kaki depan ibu dengan ayah aku. Idea aku kering kontang lah pagi-pagi ni. Tak tahu nak cakap apa.

Okaylah, sempena Hari Raya dan Hari Merdeka yang bakal tiba tak lama lagi. Saya, Athirah binti Sanazi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam sama ada di Malaysia mahupun umat Islam yang berada di seluruh dunia. #cehh. Err, dan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka! #err. over tak? 


Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua, dari hujung rambut sampai lah hujung kaki. Terutama sekali kepada ibu dengan ayah, keluarga, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan sape-sape jelah kan.
Err, kepada kawan-kawan aku, raya jemputlah datang ke rumah ye. Tata. Salam Aidilfitri ;)

Maaf kerana penggunaa 'saya' dan 'aku' yang tidak menentu. Hihi.