12.9


Rumusan untuk dua hari. #semalam dan harini.
ASSALAMUALAIKUM.


Rumusan untuk dua hari ini, semalam (isnin) dan harini (rabu). Semestinya cerita pasal kawan-kawan aku. Siapa lagi kan? aku manada boyfriend, tak macam kau. Ha, kau yang tengah baca blog aku ni la. (Y)

Semalam, masa Add Math sangat menyeronokkan. kan kawan-kawan. Kita tak belajar kan, kan? Pergi perpustakaan, pastu tolong cikgu buat kerja amal. #wink. Tanak bagitahu apa yang kitorang dah buat, nanti bocor rahsia sekolah kitorang. cehh, sampai macam tu sekali. Semalam takde apa yang menarik sangat pon. Masa Agama Islam kitorang tadarus. haa. masa Chemist, Miza buli saya. Kasihan kan saya. Dia memang tau. Selalu buli saya, tau lah dia tu kak long. Tapi takpe, saya buli dia balik. kihkih. Dia sapu air kat muka saya, saya sapu balik kat muka dia. Adil kan kan? Okay, tak adil sebenarnya. Balik tu, dia tonjol kepala saya. tak ke kejam tu. Saya sedih, sebab selalu kena buli. Ada orang tu, panggil saya unni kenit. #meraung. ohh ya! lupa. ada budak tu kan, dia kan, tadi berdua dua dengan sorang budak lelaki yang amat saya kenal. okay okay. saya silap, tak berdua dua. ada dua orang lagi berada sebelah mereka. tapi tapi, mereka berdua berbual mesra dan berdiri agak rapat. salah ke kalau saya beranggapan bahawa mereka sedang bermadu asmara sekarang? tak salah kan. tapi, setahu saya. budak perempuan tu ada suka budak lelaki lain. awak awak, awak suka siapa sebenarnya. itu atau ini? hish awak ni, buat saya naik pelik jela.

Hari ni, hari Selasa. #malam ni ada cerita Ana Lulu. Masa fizik tadi, cikgu takde. hiip hiip hooraay la sikit kan.  Masa BI, lagi sekali saya kena buli dengan Farhah dengan Shareena. kejap, mana Miza? dia pergi mana? hilang? tak mungkin. leklu. dia ada tadi, cuma dia berada dalam keadaan bad mood. Bad mood sebab apa? sebab, tuuttt. Shareena la yang mula mula buli saya. Saya tersebut bulan Ramadan menjadi bulan Ramadon. si shareena terus ketawa melalak lalak bagai pontianak. ;) dia ketawakan saya. ya! dia ketawakan saya. Oleh kerana sekarang bulan puasa, saya dengan sabarnya berkata 'takpe. takpe. Sabar athirah.' #berkata dengan nada yang lemah lembut lagi ayu sambil senyum. T_T time farhah pulak kenakan saya. dia ajak saya pergi depan, nak hantar buku la kononnya. orang da cakap biar budak lelaki yang hantar, tapi dia ni mmg keras kepala sikit. hee. #peace (Y). dia tarik tgn saya jugak. lepastu bila dah malu, dia geletek saya. jahat kan?

Masa Bio. kitorang tak belajar sangat. belajar santai santai je. untung lah budak Bio, tak macam budak LK. kena perah otak nak lukis mende jadah lukisan entah. (Y) argh. miza conteng tangan saya dengan pen merah! tapi takpe, saya dah balas balik da pon. HAHA. padan muka dia tau. lagi banyak dakwat pen merah dekat tangan. hihi. Pokoknya, dua harini. saya happy. hee.

Salam Ramadhan. dan tak lama lagi, Selamat Menyambut Aidilfitri. ^^