12.9


Patah Hati atau lebih tepat lagi, kecewa.
Tersebutlah kisah, taibb terdapat dua orang perempuan yang comel belaka berebutkan seorang lelaki ganteng yang bagi aku dia biase biase je. tapi mungkin dia hotttt, jadi ramai la perempuan yang cuba nak try dia. dua budak perempuan ni bergaduh secara sihat ye. bukannya bercakar-cakaran, tarik-tarik rambut, terajang menerajang. TIDAK sama sekali. nama sebenar dirahsiakan, jadi aku bagi nama Peah dengan Joyah la ye. #kihkih. ketawa jahat.


Situasi 1:
Peah  : Joyah, kau jangan harap kau boleh dapat dia.
Joyah : Ek eleh, lu sapa. sukahati gua la beb.
Peah  : Dia tak pandang kau la, Joyah.
Joyah : Kita tengok nanti. #pandang tempat lain sambil buat muka macam minta penyepak.   ;)


Pada suatu hari, berita mengenai lelaki itu sudah menyukai atau terjatuh cinta dengan perempuan lain dah tersebar luas. Berita ini akhirnya sampai tepat di telinga Joyah dan Peah. prangg! bunyi hati mereka yang telah retak. Aku yang tersepit di tengah-tengah begitu kasihan melihat mereka. ohh, bersabar lah ye.

Situasi 2:
Joyah  : Peah, cemana ni? nampaknya kita dah ada saingan baru.
Peah   : Nampaknya kita mesti hapuskan dia.
Aku    : #hanya tersenyum melihat reaksi dan gelagat mereka berdua.


Selang beberapa hari, berita tergempar telah sampai di pendengaran kami. nak tahu apa? budak lelaki tu telah pun couple dengan perempuan yang dia suka itu. Aku watlek je. Yang tak rilek nya Joyah dengan si Peah ni. Aku tengok mereka muram semacam. Mana taknya, lelaki pujaan hati mereka sudah dikebas perempuan lain.     prangg! dushh! kebaboom! Bunyi hati mereka yang telah hancur berderai jatuh ke lantai bumi. Kalau aku kat tempat korang kan. Aku lupakan je mamat tu. Nak luahkan isi hati, takut ditolak. Lagi lah parah nanti. Jadi lebih baik korang mendiamkan diri dan hanya meratapi nasib diri. #walaupun aku tahu korang tak sedih mana pon. saje buat ceghita bagai nak heboh satu dunia. Alamak ai, korang kan howwtt, ramai lagi kumbang lain yang korang boleh ayat. Contohnya, Ali dan Abu. kihkih.

Dan harini, aku mendapat berita bahawa Peah telah pun melupakan lelaki tersebut. Tetapi agak sedikit kecewa. Dan dia memberitahu aku bahawa dia sudah lama memendam rasa kepada mantan kekasihnya. Sampai dah tak boleh nak pendam lagi dah. Pasal Joyah, aku tak tahu apa apa berita lagi. Kita tunggu esok. Tamat.

p/s : Peah, Joyah, Ali dan Abu bukan nama sebenar. kisah ini bukan rekaan, tetapi realiti. #haha. rasa nak ketawa berdekah-dekah lah pulak. Dialog di atas tidak berapa betul sebab aku dah tak ingat dialog yang sebenar. ngeh ngeh.