12.9


Khas untuk kau.
ASSALAMUALIKUM


terbaringnya saya di sini, di rumah saya sambil menaip/membalas surat untuk boyfie tercinta. opps, maafkan saya. untuk bestfriend tercinta. siapa lagi kalau bukan cik hamiza saya. okay fine, aku penat nak ber'saya' dengan kau ni. hee. weh, aku rindu kau tau tak. even kita baru jumpa semalam. makan aiskrim sama-sama, makan cloud 9 sama-sama, makan choclairs sama-sama, naik motorsikal sama-sama, ketawa sama-sama, makan kacang kuning sama-sama #even aku tak suka kacang. ingat tak aiskrim aku kena tudung kau. ingat tak? hehe. maaf ye. aku betul-betul tak sengaja. tetiba da bertepek kekotoran tu.

Haah la kan, masa sangat men'jelesi' kita. kenapa ha? mesti masa tu tak de bestfriend tercinta mcm aku ada kau. HHA. #mengarut. oh emm geee, kau rindu aku? bestnye ada orang rindu. tehee. lepas ni, insyaAllah aku akan selalu berblogging. even blog lama aku da tak bole bukak. sedih gila. banyak gila kenangan kita kat dalam blog tu. dak pa eh. life must go on. aja aja fighting!

Chopp, aku rindu kau okay. walaupun aku da ada ehem ehem, aku tak kan lupakan kau. kejap, siapa ehem ehem aku? mandai je kau. aku takde ehem ehem okay, kalau hmm hmm tu adela. HHA. semalam dah selesai dah masalah aku dengan dia. i have nothing to do with him anymore, unless as a friend. no more, no less.

Ala, aku dah buat decision kot. aku malas nak couple. unless kalau ada seseorang yang datang pada aku dengan menunggang kuda putih, membawa jambangan ros putih, dan dan, membawa cincin putih. and and, dengan pakaian baju melayu warna hitam siap dengan samping. sebab apa hitam, sebab baju raya aku tahun ni warna hitam, barula sedondon nanti. ohh! aku semakin mengarut. hah. cerita pasal ni kan, aku ade something nak bagitahu kau. hee. bila aku bagitahu, kau jgn la tenung aku mcm nak makan sambil buat muka mengada. malu la aku. tehee. aku tak sangka semua ni jadi, nanti aku cerita kat kau ye.

back to the story, aku mmg susah sikit kalau kau takde. kau faham? aku rase awkward la. aku kan da terbiasa ada kau kat sebelah aku, jadi. rasa lain la kalau kau takde. aku dah terbiasa kena piat telinga dengan kau, even kau kejam. aku still sabar. hehe. aku dah terbiasa kau peluk pinggang aku, pegang tangan aku. gosok-gosok kepala aku macam aku ni budak kecik. semalam aku ada bagitahu kau kan, yang aku suka kalau ada someone yg gosok-gosok kepala aku mcm aku ni budak kecik. dan haritu aku ada bagitahu kau kan yang aku suka kalau ada someone peluk pinggang aku. kau buat semua tu, sebab tu aku selesa dengan kau. hehe.

rasanya sampai di sini sahaja. semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. HHA. tata.

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
#pantun zaman aku 'sengal-sengal' dulu. time balas surat-surat cinta. HHA.