12.9


bila sedih, kita murung. bila seronok, kita lompat.
ASSALAMUALAIKUM.


ehem. baru balik dari Kota Tinggi. mesti tertanya-tanya aku pergi mana kan? aku pergi rumah Kak Puspa. kakak ipar aku. eh, kakak ipar miza. farhah dengan wafa pon ada tau. suka suka suka. tapi eizzatul dengan shareena takde. parents diaorang tak bagi pergi. takpe, lain kali kita pergi ye. first time pergi Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) , terujaaaaa. kalau tak, kita sekolah situ kan miza kan? tapi tak nak la. Sekolah Ayer Baloi lagi famous. HHA. #budak lelaki kat sana handsome much much. :)

kitorang sampai petang, then terus buka. puasa time tu. pemandangan kat situ cantik. malam tu, tidur lambat gara-gara tutttt. hehe #ketawa jahat. ada plan baik punya kan miza, farhah, wafa? shhhh, rahsia kita je tau. pagi esoknya, tak sabar nak pergi mandi-manda di Batu Layar. woargh! best sangat sangat. satu jam kitorang mandi.





lepas balik tu, makan laksa penang. wah, sedap. petang, Kak Puspa ajak jalan-jalan. best gila. Alya dengan Amna (anak sedara miza) asyik nak berjalan dengan aku aje. ehee. maklum lah, cik tira kan baik, tu yang diaorang suka tu. kihkih. miza, cepat cepat sikit upload gamba tu ye. pastu, esoknya balik. eh lupa, rumah kakak ipar miza ni dekat dengan padang sekolah SAKTI tu. setiap petang, kitorang dapat tengok 'freeshow' dari tingkap bilik. hehe. #handsome. aku ingat lagi miza kata, "tira, jom pilih satu jom. aku nak pakwe ni." HHA. aku cakap, jom. tapi takde sorang pon yang dapat. ingat kitaorang ni berani sgt ke? hehe :) miza, suruh lah Kak Pus recommend kan untuk kita. HHA.

okay, dah. tak tahu kenapa harini idea nak menaip kering kontang. banyak benda nak bebel, tapi. malas ah. tata. salam.

korang, aku happy sangat sangat sangat sangat sangat. #perkataan sangat yang banyak tu menunjukkan bahawa aku memang betul betul betul betul happy. hee ^^